PENGENALAN PC 2
PENGENALAN PC 2

PENGENALAN PC 2

1.KASING KOMPUTER (PC CASE

Kasing komputer adalah kotak logam ada juga yang terbuat dari kaca kaloyang kreatif nih , di mana komponen PC dipasang seperti papan induk, pembekal kuasa, RAM, cakera keras/liut, pemacu CD-ROM, kad bunyi
dan kadgrafik. Iainya boleh didapati dalam perbagai saiz. Desktop, Mini Tower, Midi Tower dan Super Tower. Dalam dunia perkomputeran moden semua komputer menggunkan Midi Tower danMidi Tower dankomputer jenis ATX.

2.PAPAN INDUK (MOTHER BOARD)

Papan induk adalah papan yang diperbuat dari serat kaca (fiber glass). Semua komponen elektronik komputer dipasang di sini. Serat kaca adalah bahan yang bukan pengalir, jadi setiap komponen adalah bebas arus di antara satu dan yang lain. Talian logam halus menyambung pin komponen di antara satu dan yang lain yang mana ini menjadikannya litar elektrik komputer.

3.RIBON/KABEL DATA (RIBBON/DATA CABEL)

Ribon berfungsi sebagai penghantar data/maklumat daripada komponen-komponen komputer (cth: CD-ROM) ke Mother Board. Saiz ribon ini berbeza mengikut komponenkomponen tersebut.

4.PEMPROSES (PROCESSOR)

Pemproses adalah satu cip (chip) yang terpenting dalam sesebuah komputer. Fungsi utamanya adalah memproses dan mengimplementasi semua program iaitu siri-siri arahan yang dibuat oleh pengguna

4.KIPAS PEMPROSES (CPU FAN/COOLER)


Fungsi kipas pemproses adalah untuk menyejukkan cip pemproses. Kipas pemproses mempunyai satu alat motor kecil dan untuk menjalankannya ia mendapat bekalan kuasa dari papan induk atau dari pembekal kuasa.

5.MEMORI (RAM)


Cip memori (Random Access Memory) adalah berperanan menyimpan data-data dan mengendali semua program yang sedang berjalan dalam sesebuah komputer secara sementara. Apabila komputer dipadamkan, semua data-data dalam memori akan hilang.

6.CAKERA KERAS (HARD DISK)


p>Cakera keras adalah unit storan utama sesebuah komputer. Ia menyimpan semua data � data dan program. Tidak seperti data-data dalam RAM, semua data dalam cakera keras tidak hilang apabila PC dipadamkan. Ianya bersifat kekal melainkan pengguna memadamkan atau cakera keras tersebut didapati rosak.

7.KAD GRAFIK (GRAPHIC CARD)


Semua informasi yang anda ingin paparkan akan disimpan dalam memori kad grafik terlebih dahulu sebelum informasi tersebut dapat dipaparkan dalam monitor. Kad grafik adalah alat perantaraan antara memori dalam PC dan monitor.

{ selnjutnya}